Monday, 18 July 2011

PENGAMBILAN MURID KUMPULAN PERTAMA 2011

Salam,seperti sedia maklum pada post yang lepas mengenai  pengambilan murid,kini telah di buka untuk yang berminat sahaja.Bagi kawasan perak pemilihan di jalankan oleh Ustaz Azri manakala bagi kawasan di sebelah utara tanah air pemilihan di lakukan oleh saya sendiri.Beberapa tapisan akan di lakukan bagi mencari indvidu yang benar-benar berminat dan akan di ijazahkan setelah tamat pengajian..sekian  salam ukhwahfillah

Friday, 15 July 2011

PENGAMBILAN MURID KUMPULAN PERTAMA 2011

Salam ukhwah buat semua,pusat rawatan kami mengalu-alukan bagi sesiapa yang berminat dalam ilmu perubatan islam.Kelayakan umur 18 tahun ke atas,kami juga nmenitik beratkan bacaan al-qur'an dengan tajwid yang baik dan mkhraj yang sempurna.Ini penting kerana kami menggunakan kaedah Ruqyah As Syariah..kami menjalankan proses temuduga selepas borang di keluarkan.Proses pemilihan di jalankan di dua tempat,Teluk intan Perak dan Kepala Batas Pulau Pinang.Bagi yang kurang pengetahuan tentang tajwid tetapi bacaannya lancar InsyaAllah kami sediakan kelas tajwid bagi membimbing anda menjadi seorang perawat yang mahir.Bagi kawasan Teluk Intan perak temuduga di jalankan oleh Ustaz Azri Budiman manakala bagi kawasan Kepala Batas di jalankan oleh saya sendiri.Untuk sebarang pertanyaan sila emailkan kepada kami di ustazalhafiz@gmail.com.Ukhwahfillah bersama..Bi'iznillah Salam

Tuesday, 3 May 2011

AYATUL MAHABBAH




Katakanlah (wahai Muhammad): "Jika benar kamu mengasihi Allah maka ikutilah daku, nescaya Allah mengasihi kamu serta mengampunkan dosa-dosa kamu. Dan (ingatlah), Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.



KAIFIAT  AYAT

Agar dikasihi  orang sekeliling baca selepas solat fardhu setiap waktu.Dengan istiqamah dan yakin akan kebesaran Allah S.W.T. yang Maha Pengasih dan Penyayang.tidak terburu-buru mengharapkan doa di perkenankan..






RUQYAH JIBRIL










Maksudnya:


Aku memohon  perlindungan  dengan wajah Allah Yang Maha Mulia dan
Dengan kalimah-kalimah yang sempurna,yang tidak di lampaui akan dia oleh mereka yang baik dan mereka yang jahat yang melakukan maksiat,dan daripada kejahatan yang menyusup dalam bumi,dan yang keluar darinya,dan daripada yang turun daripada langit,dan kejahatan yang naik padanya,juga daripada musibah-musibah di waktu malam dan siang dan daripada sesuatu kejadian pada waktu malam dan siang,kecuali sesuatu kejadian pada waktu malam dan siang yang membawa kebaikkan,Ya Allah yang Maha Pemurah.




Wednesday, 27 April 2011

KEUTAMAAN BERDOA


Doa merupakan ibadah yang dituntut oleh Allah.
Allah berfirman:

Maksudnya : “Berdoalah kepadaKu, nescaya akan Kuperkenankan bagimu, sesungguhnya orang-orang yang menyombongkan diri dari menyembahKu akan masuk neraka jahannam dalam keadaan yang hina” (al-Mukmin: 60).

Dari an-Nu’man bin Basyir berkata, bahawa Rasulullah S.A.W  bersabda : ” Doa adalah Ibadah”. (HR at-Tirmidzi : no.2969)

Merupakan perbuatan yang paling mulia dan dicintai oleh Allah.

Dari Abu Hurairah, Rasulullah S.A.W bersabda: ” Tidak ada sesuatu yang lebih mulia di sisi Allah dari doa”. (HR al-Bukhari dalam kitab al-Adab al-Mufrad : no.712)


Doa merupakan sifat orang yang bertaqwa

Allah berfirman :-

Maksudnya : “Dan orang-orang yang datang sesudah mereka (Muhajirin dan Ansar) mereka berdoa: Ya Tuhan kami, ampunilah kami dan saudara-saudara Kami yang telah beriman lebih dahulu dari kami, dan janganlah engkau menjadikan kedengkian dalam hati kami terhadap orang-orang yang beriman, Ya Tuhan kami sesungguhnya Engkau Maha Penyantun lagi Maha Penyayang”. (al-Hasyr: 10).

Dan juga merupakan sifat para Nabi terdahulu, di mana sekiranya mereka ditimpa malapetaka atau bencana, mereka segera berdoa kepada Allah, sebagaimana yang dilakarkan oleh Allah dalam firmanNya:

Maksudnya : “Maka Kami perkenankan doanya, dan Kami menganugerahkan Yahya kepadanya. Dan Kami jadikan isterinya dapat mengandung. Sesungguhnya mereka adalah orang-orang yang selalu bersegera dalam (mengerjakan) perbuatan-perbuatan yang baik dan mereka berdoa kepada Kami dengan harap dan cemas, dan mereka adalah orang-orang yang khusyuk kepada Kami.” (al-Anbiya: 90).

PENGAMBILAN MURID SESI PERTAMA 2011

Salam,kami membuka ruang kepada mana-mana individu yang betul-betul berminat sahaja untuk bersama kami dalam dunia perubatan sekaligus menegakkan agama Allah melalui penyampaian dakwah.Proses pengambilan pelajar akan di tapis berperingkat.kursus temuduga akan di jalankan.Sila tunggu notis dari kami tarikh pemilihan pelajar.Jika berminat anda boleh menghubungi kami melalui email atau talian mudah alih.Proses temuduga menitik beratkan cara bacaan Al-Qur'an dengan tajwid dan makhraj yang sempurna.Ini penting kerana kami menggunakan kaedah rawatan penyembuhan Ruqyah.Kami juga mengadakan kelas tajwid dan hafazan bagi mereka yang ingin memantapkan ilmu tajwid dan hafazan.kami sedia membimbing anda.

RAWATAN YANG DI SEDIAKAN

Penyakit Yang Berkaitan Dengan Gangguan Jin Dan Syaitan
  • Gangguan dari makluk halus
  • Terkena sihir
  • Santau atau racun yang dibuat menggunakan sihir
  • membuang susuk
  • membuang saka
  • dan sebagainya.

Penyakit-penyakit yang telah di sahkan oleh doktor:-
  • Darah Tinggi
  • Kencing Manis
  • Batu Karang
  • Jantung
  • Sakit yang tidak di ketahui puncanya
Rawatan Dan Kaunseling
  • mempunyai pergolakkan rumah tangga
  • perbalahan antara keluarga akibat sihir atau gangguan saka
  • merawat penyakit hati